Aida Zabidi
Orang Melayu senang lupa. 

Lupa adab dan budi pekerti yang melambangkan maruah sebagai Melayu. Lupa dengan kelembutan budaya yang berasaskan sirratulrahim dan kehormatan. Lupa dengan semangat pahlawan untuk mengelakkan penindasan, bukan semata-mata untuk berlawan. Lupa kepentingan kerja ringan tulang. 

Ramai mengatakan kami terikut budaya Barat. Budaya Barat pun masih ada adab dan tatatertib sendiri, sama dengan budaya lain. Ada baiknya dan buruknya, seperti juga budaya lain. 

Patutnya yang jernih diambil, yang keruh dibuang. 

Kami perlu ingat semula adab dan tatatertib yang sepatutnya diterapkan dalam budaya, dan kepentingan melangkah ke arah yang positif.
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment