Wednesday 8 January 2014

Memahami Jabatan Kecemasan

Kebelakangan ini, terdapat beberapa kes yang memberi fokus kepada bahagian kecemasan di hospital – ketidakpuasan pesakit yang terpaksa menunggu berjam-jam dan tidak dilihat oleh doctor. 

Rakyat Malaysia perlu memahami konsep kecemasan. 

Jabatan kecemasan terbahagi kepada tiga bahagian atau zon. 
1. Merah: (Baru mati, akan mati kalau tidak mendapat rawatan, kritikal). Perlu dilihat segera. 
2. Kuning: Separa kritikal. Perlu dilihat dalam 15-30 minit. 
3. Hijau: Tidak kritikal. Boleh dilihat mengikut prioriti (terdapat pembahagian lagi di sini. Masa menunggu boleh mencapai 4 jam. 

Protokol  

Pesakit akan dilihat di bahagian triage (kaunter saringan) dahalu dan di hantar ke zon berpatutan. Bahagian triage biasanya dikendalikan oleh pihak penolong pegawai perubatan, yang membuat keputusan berdasarkan keadaan pesakit, jenis sakit yang diberitahu dan jika perlu, mengambil nadi, tekanan darah, keadaan oxygen dan siasatan lain seperti ECG. 

Staf Jabatan Kecemasan dan Sistem Syif 

Jabatan Kecemasan mempunyai staf yang akan menjalankan tugas masing-masing, seperti pegawai perubatan/latihan siswazah, penolong pegawai perubatan (M.A), misi-misi dan pembantu perawatan kesihatan (PPK). Setiap jawatan ada tugas masing-masing, tetapi hanya pegawai perubatan dibenarkan untuk memberi rawatan kepada pesakit (di Klinik Kesihatan, M.A dibenarkan untuk memberi rawatan juga), dan M.A, misi-misi dan pembantu perawatan kesihatan bertugas untuk pemantauan, prosedur dan bahagian pentadbiran. Jabatan Kecemasan mempunyai tiga syif selama 8 jam satu syif, dan keadaan berkerja sentiasa di bawah tekanan; kadang-kala staf terpaksa berkerja dua syif dalam hari yang sama. 

 Pada syif malam, mungkin hanya ada satu atau dua doktor di setiap zon. Pada masa-masa sibuk kadang-kala doktor dari zon hijau akan membantu doktor dari zon merah dan kuning. Pada masa syif sendiri, kadang-kala masih perlu untuk mencari masa untuk makan atau solat bila keadaan lenggang – keadaan tidak semestinya lenggang untuk lama! 

Apakah yang Dianggap Kecemasan? 
Hasil Jabatan Kecemasan Hospital Sungai Buloh

Kecemasan merangkumi keadaan seperti serangan sakit jantung, perdarahan otak atau sawan, keadaan susah bernafas, kecederaan parah (dan lain-lain) – kes-kes yang kritikal dan perlu dilihat dan diberi rawatan secepat mungkin. 

Penduduk Malaysia patut lebih cermat menggunakan perkhidmatan kecemasan. Jika keadaan masih stabil – seperti pesakit masih boleh bercakap, berjalan dengan sendiri dan tidak mempunyai kesusahan pernafasan, anda mungkin tidak dikira sebagai kes kecemasan. Sila fahami sebagai pegawai yang berkerja dalam bidang kesihatan, anda memang tidak akan dinafikan hak untuk diberi rawatan di kecemasan, tetapi tolong fahamkan, setakat bayaran RM1, tidak semestinya segala-gala kes do bawa ke kecemasan, malahan kes yang betul-betul mememerlukan rawatan mungkin terlepas pandangan dan tidak mendapat rawatan dengar betul akibat terlalu ramai orang. 

Jika hanya demam sahaja masih tidak wajar untuk ke kecemasan (kecuali memang terdapat simptom lain), tetapi masih boleh mendapat ubat dari farmasi dan merawat dahulu di rumah sebelum pergi ke klinik yang berdekatan. Jika keadaan sakit tidak nampak terlalu kritikal, anda tidak akan disaringkan kepada zon kuning atau merah. 

Bekerja dalam jabatan kecemasan memang mencabar - kadang-kadang, seringkali anda berada dalam keadaan letih, bekerja terlalu keras dan sering berhadapan dengan pesakit yang sibuk mengetuk-ngetuk pintu dan menuntut untuk dilihat apabila mereka telah menunggu selama tiga jam, hanya untuk batuk dan selsema atau sakit yang ringan. Kerja di kecemasan memang tidak henti-henti dan banyak ini datang daripada orang-orang yang tidak memahami peranan kecemasan. 

Rakyat Malaysia juga mempunyai memahami sistem kecemasan berkhidmat kes kritikal - sila melakukan bahagian anda sebagai pengguna yang bertanggungjawab dan memahami sistem ini sebelum membuat aduan.

No comments:

Post a Comment